jump to navigation

Jiwa mutmainnah

Mutmainnah adalah ketenangan
ketenteraman
kedamaian
keindahan
ketenangan itulah keredaan
reda pada ketentuan Allah
Allah reda pada ketenangan..

ketenangan kerana kebenaran
ketenangan kerana keyakinan
keyakinan kerana kekuatan bukti
bukti-bukti kebenaran
kerana langkah sudar teratur
tersusun di denai mustaqim

debaran jiwa kerana kebatilan
debaran adalah keraguan
debaran kerana tiadak tetap pendirian
segalanya kerana kejahilan

amal yang digagahi
di dorong naluri dan emosi
dunyawi
menghentam segala syubhah
mengikut nafsu serakah
menipu diri dengan segala helah

menjadikan jiwa
hilang mutmainnah
parah dalam keluh-kesah.

Comments»

No comments yet — be the first.